KEWAJIPAN BERZAKAT

Zakat hanya wajib kepada umat Islam (yang cukup syarat)

Pengertian Berzakat
Dari segi bahasa, zakat bererti bersih, subur dan berkembang.
Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan
sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan
tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. Contoh jenis-jenis
zakat ialah zakat pendapatan, zakat perniagan, zakat wang
simpanan, zakat saham, zakat emas, zakat perak, zakat
ternakan, zakat tanaman dan zakat fitrah.


Dalil Wajib Mengeluarkan Zakat


Ibadat Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima.
Dalil wajib ini antaranya berdasarkan firman Allah S.W.T. yang
bermaksud:
“Dan dirikanlah olehmu solat dan tunaikanlah zakat dan ruku’lah (iaitu
berjemaah) bersama-sama orang yang ruku’”.
An-Nur : Ayat 56
Zakat merupakan suatu proses untuk menyucikan harta
seseorang. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat)
supaya dengan itu engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan
menyucikan (mereka dari akhlak yang buruk)”.
At-Taubah : Ayat 103

Pengertian “menyucikan” bermaksud membuang sifar kikir,
tamak haloba serta bakhil dalam diri seseorang, manakala jika
dilihat dari perspektif si miskin pula ia dapat menyucikan diri dari
iri hati, dengki serta menaruh perasaan dendam terhadap orang
yang kaya.